Posts

Showing posts from 2016

Rahim Terbalik? (Retroverted Uterus/Tilted Uterus)

Image
Assalamualaikum.
Harini nak share mengenai rahim terbalik. Kenapa? Kerana ada di antara kita yang risau dan sibuk mencari info. Ditambah dengan pernah tinggal berjauhan, semakin sukarlah usaha untuk mendapatkan zuriat. Bukan kotor ya. Ini fakta. Tidak salah berkongsi dengan mereka yang memerlukan.
INTRO Apa itu rahim terbalik?? Kebanyakan wanita mempunyai rahim yang mengadap pundi kencing, sebaliknya pemilik rahim terbalik mempunyai rahim yang mengadap tulang belakang. 
Gambar ihsan Google
INFO 1. Memiliki rahim terbalik tidak bermakna anda tidak subur.  2. Kebanyakan wanita yang memiliki rahim terbalik mengadu sukar mendapatkan zuriat. Tetapi masih ramai yang berjaya hamil tanpa sebarang masalah. 3. Hanya 20-30% wanita di dunia yang mengalami keadaan ini. 4. Keadaan ini TIDAK mempengaruhi kesuburan dan tidak berbahaya melainkan disebabkan oleh endiometriosis.
TANDA-TANDA  1. Sakit semasa berhubungan dengan suami. 2. Sakit pinggang yang kronik. 3. Sakit semasa haid. 4. Semen suami mu…

:: jodoh mimpi

Image
Assalamualaikum.

Pernah kamu bermimpi indah? Seperti kamu ketemu jodoh kamu?

Kebiasaannya mereka yang menjelma dalam mimpi adalah manusia-manusia yang kita pernah jumpa dalam sedar atau tidak.
Mungkin, dipersimpangan LRT tatkala manusia berpusu-pusu.
atau dipertengahan lampu trafik merah, pemilik kereta sebelah.
Maka mari kita bersenyum sama kita, kerana barangkali dia milik kamu sebenarnya.

:
Post lama yang masih dalam simpanan sebagai draft. Oh dahulunya sentiasa menulis tulisan style sebegini. Sesungguhnya maCy sudah tua.

Resepi Ayam Bakar Black Pepper

Image
Assalamualaikum,
Lain rasanya dapat tinggal bersama suami. Tidak lagi tinggal berjauhan. Dari tak pandai masak, dah pandai masak. Dulu bukan tak mahu memasak, ada mak, ada kakak. Takut salah. Takut tak sedap. hihi
Tapi kata suami, maCy taknak tunjuk bakat. hihi. Itulah kata-kata apabila masakan menjadi. Adakalanya simple tapi berselera! Tak lupa juga ada masa masak tak berapa menjadi. Tapi semuanya proses belajar. Kan :)
Ok jom share resepi ringkas maCy. maCy guna bahan yang sangat mudah dan tolak tepi bahan yang tak ada di rumah. 
RESEPI AYAM BAKAR BLACK PEPPER

Bahan-bahan :
6 ketul ayam
4 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1 inci halia
3 sb sos blackpepper
2 sb sos tiram
1/2 sk blackpepper flavour
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Marjerin/Minyak

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan untuk perapan kecuali marjerin/minyak ke dalam mangkuk.
2. Perap ayam selama 4 jam. Masukkan ke dalam peti bawah. (maCy perap 12 jam, sedapppp)
2. Biar ayam sebentar supaya ti…

Aktiviti Laluan Berhalangan

Image
Assalamualaikum.

Sihat tak? Ok harini maCy nak share aktiviti laluan berhalangan masa camping peringkat sekolah tahun lepas. 
Boleh lah digunakan sebagai tambahan idea especially buat guru-guru yang perlu laksanakan camping di dalam sekolah. Almaklum sekarang bajet selalu tak ada, camping pun di padang je. huhu
Credit utama buat guru-guru lelaki sekolah maCy, idea dan pelaksanaan oleh mereka, Cikgu Faiz, Cikgu Izzat, Ust Amiruddin dan guru-guru lain yang terlibat. 
Menggunakan net badminton aje. huhu
Biasanya kita guna tayar kan. Gantikan dengan gelung sedia ada
Pengawasan oleh 2 orang 'bodyguard' utk aktiviti ini
Jangan risau, longkang tidak penuh. Bukan perlu meredah air longkang. huhu
Tanah yg dijadikan lumpur. Memang tujuan nak kotorkan baju semua budak-budak ni. Selagi tak berlumpur, bergolek lah kat sini. huhu
Meluncur.. wehuuu. Antara aktiviti awal sebelum 'kotor'. 
Bergambar kenangan on the first day. Kebetulan semua pakai skirtpants. Nak order pm maCy tau. Or …

Rezeki Anak, bukan kita yang tulis.

Image
Assalamualaikum..
Lama tak update. Bersarang kerana kesibukan dunia cikgu hari ini. Tapi kenapa harini dapat update? Sebab dapat mc. demam.... Lepas makan ubat rasa lega sikit. Ubat habis efek nanti lentok semula. huhu
Credit to google
Semalam terbaca luahan seorang kakak senior di fb. Ayat yang tidak dapat diterima (lebih kurang ye), 'Guana kahwin dah lama tapi tak ada anak.'
Allahurabbi. Rezeki bukan di tangan manusia. maCy sendiri dulu sering disoal.  -**** dah pregnant, awak bila lagi. kejar.. kejar.. -kakak2 awak yg lain dulu pun jenis lambat pregnant ke? -lambat dapat anak ni.. merancang ke??
Itu antara ayat yang masih diingat sehingga kini.. Tak lupa, yang lewat rezeki, mengadu sedih disoal itu ini, tapi bila sampai sahaja rezeki dia, terus kata 'Cepat maCy, aku nak anak kau sebaya anak aku.' Wah.. Terus jadi sama dengan mereka yang konon awalnya menyakitkan hati..
Adatlah, bila seorang, ditanya bila nak berdua. Dah berdua, ditanya bila nak bertiga. Tapi manusi…