Throwback Lawatan ke Colmar Tropicale

Assalamualaikum,

Haiii.. Sungguh busy busy plus rumah line tak ok lagi. Free-free ni sambil tengok laptop, tengok semula gambar-gambar lama. First dating after kahwin, jalan ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi! Simple yet precious time. Mana pun kita pergi asalkan dengan yang tersayang, semuanya boleh jadi seronok kan.

Tiket masuk RM12 untuk dewasa. Tapi nanti boleh claim semula masa check in. Makan kat atas tu mahal ok, jadi boleh plan makan-makan dulu di bawah sebelum ke sana. Lagipun nak turun jauh dan gelap. So, kami makan je walaupun mahal sikit. Tambah pulak memang tak plan pun. On d way balik kampung, tiba-tiba je cik abang bawa singgah sini. Surprise sungguh. hiks



First sampai sebelum check in, kami berkuda dulu. Memang best. Mula-mula trainer akan ajar, depends lah kita nak pilih option mana satu. Tapi alahai, masa ni kuda maCy agak scary. Tak mahu ikut arahan maCy, nak makan rumput lah. Nak pusing belakang lah. Alamat kalau dibawa lari, sampai ke Terengganu lah kita tak dapat berhentikan kuda :p


Then we all masuk lah tempat-tempat lain, ada Botanical Garden, ada  Japanese Village dan lain-lain. Di Japanese Village, boleh try teh jepun dan memakain kimono. Tapi maCy dan suami tak masuk pun. Mengelakkan sebarang pengeluaran duit :p


Kat sini, untuk bergambar memang seronok. Cantik. Tapi lepas dah habis jalan, alamak nak buat apa lagi ni. Masuk lah hotel dan tidur kepenatan. hihi.. Malam tu kami makan-makan dan ambil angin malam je. Dan tak ketinggalan masuk 4D Roller Coaster movie. 4D ke 5D entah tak ingat dah. Tak takut pun, sebab orang sebelah aka cik abang buat-buat gaya takut sambil ketawa. iskk


The next day tu ada cultural performance, tapi maCy tak ambil gambar pun. Busy ambil gambar diri sendiri. haha.  Overall, jalan sini tak payah bermalam pun ok. Tapi since masa ni kami masih PJJ, saja lah bersuka-suka berdua. Bila lagi kan? hehe

Ok sampai sini dulu, next time story lagi :)

~ Salam kenal untuk yang baru berkenalan :)

Comments

Kakzakie Purvit said…
Waaah... bestnya part tunggang kuda tu
Kakak tengok dah macam dlm cerita cowboylah hihi..
ewanthology said…
Dah naik harga... dulu pergi rm10 je.... x tido sana pun sebab kawasannya pusing2 dari pagi sampai ke petang dah abis pusing semua :-)
Unknown said…
Salam kenal..

tak pernah lagi sampai ke sini.sebabnye ramai yang kata jalan naik ke situ x cantek dan menyeramkan. jadiknyeee trus takut nak naik. kekekeke
LadyBird said…
Macy.. Miss u so much..

Dulu kt berblog msh ank dara.. Sekarang dah berdua.. Hihi.. Lady dah bertiga baru dpt berblog balik.. Stlh 3 thn pejam celik pejam celik..
Bestnya dapat tunggang kuda. Moga rumah tangga Macy sentiasa dinaungi rahmat Allah
Cikna said…
Blh claim mksdnye masuk situ free je la ye... Xtau nk g sini@CH
Wak Lat said…
wahh sonoknyer tunggang kuda kat colmar tuuu., ;p
Bijen M. said…
Dah lama teringin nak ke sana.
Bila lalu je kat highway tu tengok signboard je.

Oh btw, dulu lepas kahwin pun naik 4D roller coaster gak.
Tapi bila dah ada anak, payah pulak kalau nak tinggal kat tepi.
Heh!
Nina Mads said…
teringin nk pegi sini ... alalalalalalaaaa dh lama tp tak sampai lg
lama jugak tak riding horse.
Wak Lat said…
ammvoii bestnyer tungang kuda gituuu., ;p
Mario said…
bestnya naik kuda tu...

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya