Posts

Showing posts from 2012

:: Pavlova penutup cuti!

Image
Assalamualaikum.
Cuti sekolah sudah berakhir. Niat untuk beristiqamah dalam menulis bukan mudah. Lebih-lebih lagi apabila terikat dengan tanggungjawab tertentu termasuklah tanggung jawab sebagai anak. Jadi, usah mudah kata apabila cuti menjelang kedua kaki boleh bergoyang.

Cuti kali ini? Ada dugaan yang melanda. Namun, dalam setiap yang diduga pasti akan ada manisnya sebagai ganjaran kesabaran. Namun, jujur. Saat dilanda ujian kecil tersebut, ada redha. Tapi sekejap-sekejap kembali terasa sedih. Apa pun yang berlaku, doakan semoga segalanya berjalan lancar insyaAllah.


Penutup cuti kali ini maCy tutup dengan Pavlova! Tengok gambar, menarik tak? hehe. Sepanjang cuti teringin nak buat tapi tak ada yang rajin nak melayan pergi kedai bakery. Jadi maCy buat lain-lain pencuci mulut seperti buat layer choc cheese, puding karamel, choc rich pudding, puding sagu,  puding roti, kek marble, karipap, donut mayo, donut keledek dan durian crepe, sebelum akhirnya dapat juga buat Pavlova. Seronoknya kala…

:: orang asing

Image
Assalamualaikum

Hai orang asing
Kita bertemu buat pertama kalinya
Tiada siapa peduli siapa kamu, kamu pun tak peduli siapa aku

Hai orang asing
Setelah bertahun sekali lagi kita berlaga bahu
Mata memandang mata
Senyum terukir tiba-tiba
Kerana saat kita kembali bertemu
Kamulah orangnya yang sedang melamar aku

lelaki : my eldest nephew lokasi : danga bay

:: Fussilat : 51

Image
Assalamualaikum.

Maka, usah bersedih dengan dugaan. Kerana barangkali Allah menarik nikmat yang telah dikurniakan kerana mahu mendapatkan kembali cinta dari hamba-hambaNya.
Dan maka usah lupa apabila nikmat dipinjamkan atau dipulangkan semula, kerana semuanya itu milikNya.

quotes dan ayatNya di'alih ke bentuk gambar untuk dibuat wallpaper. dan alhamdulillah, nikmatnya bercuti di rumah :)

:: inspirasi

Image
Assalamualaikum,

"Apa yang kita ingat dari kenangan-kenangan yang dirakam oleh kita? Nama tempat, nama permainan, nama sahabat atau kejadian adalah perkara-perkara yang mungkin lambat laun boleh terlupa. Tetapi, tidak dengan rasa. Rasa senang, rasa sedih, yang akan terus kita bawa tanpa mudah tercicir di sepanjang perjalanan kita. Dan semakin kita dewasa, kita akan menyedari bahawa di antara kenangan-kenangan tersebut ada satu rasa yang paling besar."
Petikan kata indah dari kisah ini seakan mengetuk pintu, membuka hati, dan membuat kepala berputar berfikir sendiri.
Semalam aku mengalah dengan rasa yang tidak kepastian hujungnya.

Semalam aku berhenti kerana ada Hyde yang tersembunyi di sebalik Jekyll.
Dan hari ini aku mahu membuka pintu untuk mereka yang sudi membaca.
Paling tidak, aku ingin menulis sedikit-sedikit sebagai terapi untuk aku sendiri.
Jika tidak banyak, sekurang-kurangnya pasti ada sedikit inci tulisan dari yang lepas yang bisa memberi pengajaran.
Jika tidak ban…

Mengumpat, Dosa yang Tidak Diampunkan Allah

Assalamualaikum.
Lama tak buat entri dengan tag 'Islamic City'. Kebetulan semalam maCy terbaca dari komen seseorang di Facebook, "realiti yang sentiasa ada di sekeliling kita, telinga rasa nak dengar, mulut rasa nak beritahu, hati rasa nak menambah.." --> merujuk pada mengumpat lah kan?
Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Mengumpat diertikan dengan menceritakan keburukan seseorang meskipun ianya benar ATAUPUN menceritakan mengenai seseorang mengenai sesuatu yang sekiranya didengari olehnya, akan menimbulkan kemarahan atau rasa sakit hati. Fitnah pula diertikan sebagai menceritakan keburukan seseorang padahal ia tidak benar.
Menuru…

dongeng maCy : Puteri Katak

Assalamualaikum.
Hujan renyai-renyai. Kedengaran katak-katak puru mengaum memanggil hujan. Kelihatan sepasang kekasih sedang bersandiwara antara satu sama lain. Sang jejaka memandang wajah si gadis penuh rasa cinta. 
"Sayang sayang sayang?", tanya sang jejaka. 
"Sayang. sayang sayang sayang.", jawab si gadis sambil melentokkan kepalanya di bahu sang jejaka.  
Peluang baik ni. Getus sang jejaka dalam hati. Tanpa melengahkan masa, sang jejaka terus mencium si gadis kerana ketidaksabarannya. 
Ka-cing! Berubahlah si gadis menjadi katak semula.

will be spending cuti maulidur rasul di rumah lecturer :)

Old Time Short Story : God Is Fair To Us

Assalamualaikum. “I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they're right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together.”  ::. Marilyn Monroe

“Damn it!”, shout Lisa 
“What’s the matter?”, her roommate, Fay, sat beside her.  
“I broke up with him.”, said Lisa.  
“That must be hard. It’s okay. You will meet a better person”, she tried to comfort her.  
“But I never trust a guy as much as I trusted him. It’s such a deep pain!”, she cried. Fay does not know how to handle the situation. She once fell in love but her love story was such a misery. Fay is a pretty young lady. Anyone may fall in love with her even only in their first sight.  
She slowly opened the door and stepped out her pink-painted apartment, walked along the sidewalk, then put herself on a bench. Her past memories began to pla…

pertemuan

Assalamualaikum.

Sekali merasa sayang yang gagah, sampai mati rasa tak pernah nak rebah..

"Bunga, izinkan Azfar berjumpa dengan Bunga sekali?". 
Mesej pendek Azfar cukup membuat hati Bunga berdegup kencang. Masakan tidak, kekasih yang pernah dinanti bertahun lamanya kembali mengusik kenangan lama meski genap setahun mereka tidak bertegur sapa.
Ah. Mengapa harus digoncang rasa lama sedang dia sudah ada pengganti? Juga Bunga sudah punya insan yang dicintai segenap rasa. Jika dahulu tidak ada lelaki yang mampu mengganti tempatnya, hari ini untuk pertama kali sudah ada yang berjaya mendudukinya penuh selesa. Dan kencangnya degupan tadi tidak seperti biasa, cuma biasa-biasa.
"Bunga, tolong, izinkan Azfar berjumpa dengan Bunga sekali sahaja. Izin Azfar lihat sekali lagi bagaimana reaksi Bunga berhadapan dengan Azfar.."
Kenapa? Ingin melihat sejauh mana rasa lama masih ada? Ingin melihat bagaimana kasih Bunga pada dia bagai esok akan tiada? Rindu melihat Bunga yang sering saja…

Paranoia : A Story Behind My Wall of Life

Assalamualaikum.
Paranoia. Have you ever heard of it?
"Paranoia is a term used by mental health specialists to describe suspiciousness (or mistrust) that is either highly exaggerated or not warranted at all."
"Being paranoid means being suspicious without reason, and believing that others are trying to harm you in some way. Everyone can be mistrustful at times, particularly if life hasn't treated him or her well. But people who are prone to paranoia always dread some forthcoming attack or betrayal."
I am not sure if I suffer from paranoia. But from what I've read, I did reflect it to my own personality, and how I face my daily life. I first search about this about a year ago, just after my friend said to me, 'Bahaya la kau ni. Paranoia sangat. Try positive sikit."
When it all began...
I started to become insecure of the people around me when I was in secondary school. Well, form 1. It was the beginning of a teenage life, where I started to live aw…