Posts

Showing posts from April, 2011

Walkathon 1 Malaysia

Image
Assalamualaikum.
Okay, a boring update. Cerita kampus. Last few days my campus buat event entah apa-apa Walkathon 1 Malaysia apa entah. We had to walk about 3 km kot with national costumes. Agak meriah dengan banyak juga kumpulan yang kreatif dan rajin. My class simple sahaja, busy katakan. Dan ditambah kami sebenarnya memang malas mahu pakai selain baju kurung, all those chinese costumes ke apa, malas nak cari. Sangat penat. Melaka sangat panas. Tapi apa pun gembira dapat lambai-lambai pada tourist berambut cokelat berwajah chinese. erk. :p

Inilah kami! maCy tak ada kot dalam ni. Mungkin la..


maCy tak ada gambar. Maka maCy cilok satu sahaja. hik2. By the way, baru habis satu paper. After this maCy akan sangat sibuk dengan final. Sem yang tough. The upper batch banyak spoil waktu sem maCy sekarang ni. Sangat risau. So please pray for the very best.

~Im trying very hard to update like a normal girl, with such a happy-happy mood. But life is so hectic. I do really-really need to focus o…

lukisan penulisan

Image
Assalamualaikum.


Melukis suatu penulisan bukanlah sesuatu yang mudah. Kerana semuanya memerlukan subjek untuk dilukiskan. Tidak kira sama ada subjek itu ditemui secara kebetulan mahupun di luar kebetulan. Tidak kira lukisan penulisan itu adalah hasil pengalaman lalu mahu pun idea kecil yang terlintas setelah melihat lukisan yang lain.

Mengapa maCy bahasakan lukisan? Kerana bagi maCy ada dua jenis penulisan. Satu, yang mudah dihadam makna enak dimakan begitu sahaja. Dan dua, penulisan yang memerlukan imaginasi minda melukis semula gambaran tulisan lebih enak rasanya tetapi liatnya tak terkata.

Sekadar ingin berkongsi sebahagian tanah-tanah lukisan bacaan minda maCy, yang adakalanya memerlukan maCy menghentikan mainan lagu mp3 hanya kerana mahu mencernakan zat-zat yang terkandung di dalamnya..

_Naz
__Hellioz
___khrlhsym
____Dark Half
_____Fared Isa
______Ghost Writer
_______Frodo Baggins
________Penulis sahaja
_________Dakwat Basah
__________syairsiparapara
___________inspirationalefeks

Kebanyakannya …

azfar dan najmi

Image
Assalamualaikum.


"Umi umi! Tengok tu, banyaknya bintang!" teriak Najmi, anak kecil berkulit putih berpipi bagai donat. Jelas terpancar keriangan di wajahnya. Si ibu tersenyum melihat telatah anaknya itu yang sudah mencapai umur darjah satu. Dibiarkan sahaja dia berceloteh tak henti-henti. Makin tersenyum melihat si abang rajin sahaja melayan adiknya yang pelat dan banyak cakap itu.

"Azfar, Najmi.. Tahu tak kenapa ayah dan umi bawa Azfar dan Najmi ke pantai malam-malam ni?", tanya si ibu, lembut.

"Tak tahu, umi..", jawab mereka hampir serentak. Si ibu tersenyum, memandang ke wajah si ayah sekilas meminta dia pula berbicara. Namun si ayah menggeleng pula. Si ayah memang pendiam orangnya, memanjakan dan mendidik anak-anak dengan caranya sendiri.

"Sayang umi, lihat atas sana. Bintangnya banyak, tapi dalam banyak cuma satu yang menyerlah sekali. Luarannya terang, indah warnanya. Menyejukkan mata yang memandang, membuat hati jadi senang.. Sayang umi, lihat san…

nombor kosong

Image
Assalamualaikum.


"Jika mahu jadi kosong, jadilah kosong di sebelah kanan."


p/s : dalam mode exam, doakan kejayaan maCy ya :)

kapal terbang kertas

Image
Assalamualaikum.



semalam
aku temui satu kapal terbang kertas
renyuk kelihatannya
kubuka renyukan perlahan
ada tulisan yang hampir padam
kubaca sepatah kata
ah, kisah semalam
kurenyukkan semula

kuhampar sekeping kertas baru
putih warnanya
ku ukir tulisan dengan pena mata biru
kulipat kemas membentuk kapal terbang kertas baru
pantas aku berlari ke tingkat tinggi
membiarkan lelah
dan aku berdiri
lalu melancarkan kapal terbang kertas itu
dengan satu harapan kabur
tapi aku pasti, itu yang aku mahu
dan pasti, itu yang terbaik buatku


p/s : putih warna pilihan, biru sebagai peneman.

cikgu, ajarlah kami..

Image
Assalamualaikum.

Bulan lepas seperti sem-sem sebelumnya maCy ke sekolah untuk menjalani SBE (School Based Experience). Kali ini maCy ke sekolah seorang diri gara-gara mahu ke sekolah yang betul-betul dekat dengan rumah. Sekolah yang paling dekat dengan rumah sudah maCy spare untuk SBE akan datang. hihi

Walaupun seorang, segalanya masih lancar, guru-guru yang baik dan pentadbiran sekolah yang licin. maCy sangat suka ke sekolah. Lebih suka apabila diminta menggantikan guru yang tidak dapat hadir. Memandangkan hujan sepanjang minggu, maka kelas Pendidikan Jasmani digantikan dengan Pendidikan Kesihatan.

Hari pertama maCy tidak mengajar, sekadar mengajak murid-murid bermain di dalam kelas. Kerana silibus Pend. Kesihatan tahun 4 dan 5 berkenaan seksualiti. maCy kurang arif sama ada maCy harus 'direct' atau bagaimana dalam menerangkan mengenai perubahan fizikal am lelaki dan perempuan setelah mencapai umur baligh. Tambahan pula sebenarnya maCy memang belum punya lesen mengajar. huhu

Kis…

teman blogger

Image
Assalamualaikum.


Pertumbuhan blogger baru bagai semut menghurung saat gula terjatuh ke lantai. Banyaknya tak terkata. Dan begitu juga kehilangan seorang demi seorang blogger yang entah ke mana. Tak kurang juga yang updatenya sudah mula perlahan, bagai nenek tua yang sukar mahu berjalan.

Hilang. Termasuk maCy pernah suatu hari dahulu. Hampir 2 bulan lamanya, membuatkan ramai yang bergelar sahabat asyik bertanya. Tak kurang yang meninggalkan jejak di petak komen bertanya ke mana hilangnya tuan teratak merah hitam putih ini. Berehat, itu sahaja yang mampu dikata.

Kata mereka, blogger tegar bukan mudahlah mahu meninggalkan arena ini. Keseronokan membaca dan tulisannya dibaca, juga keseronokan membina jaringan persahabatan sesama blogger yang tidak ternilai kuat ikatannya. Tidak percaya? Tanya sahaja pada mana-mana blogger tegar yang merasakan menulis itu satu passion yang tidak terucap, tanya mereka siapa pendengar dan penasihat terbaik saat luka kembali berdarah, atau saat si gagah yang tib…

dilema

Image
Assalamualaikum.


Just a day before yesterday I decided to keep on blogging here. But today somebody just warned me, "Jangan galak sangat blog, ingat study tu!".

Lol. Ayat rekaan sebenarnya tapi itulah makna yang dihadam. Antara berhenti, atau memperlahankan gear di bawah gear 1. "Nak berhenti lagi? What people says?", kata Encik Psychopath pula.

I admitted that I spend so much time on blogs. Tanpa menulis pun maCy akan membaca. Dan menulis itu satu passion sebenarnya. Dan untuk menulis satu entri yang konon-kononnya berkualiti ini memerlukan setengah jam sekurang-kurangnya. Dan paling lama pun sejam mungkin. Bergantung pada isi dan jenis penulisan yang dibawa.

Kata mereka semua ini pembaziran masa. Kata mereka semua ini mengganggu studi sahaja. Kata maCy? Siapa maCy untuk berkata-kata? Kata maCy blog ini satu pengisian yang benar mengambil masa tapi tidak mengganggu belajar. Assignment masih siap. Pointer? Pointer? Tidak hebat, tidak teruk. Sederhana sahaja. Pernah ha…

kata-kata

Image
Assalamualaikum.


Dalam mata karbon diatur geraknya oleh tulang dan sendi jemari yang memegang erat sebatang pensel bertulis 2B di tepi, minda berlari-lari memusing ceritera kisah lampau, ada yang menggeletek menghilai tawa dan ada pula yang mencucuk-cucuk sehingga perit rasanya. Ada juga yang sekadar angin lalu yang tiada memberi kesan baik di luar mahupun di dalam.

Aliran darah dalam kepala semakin deras rasanya saat larian tiba pada memori yang mencucuk-cucuk itu tadi. Sakit, perit malah membuatkan jantung berdetak laju luar dari pada biasa. Kemudian dihela nafas dalam-dalam, ditahan dan dihembus perlahan. Dihela lagi dalam-dalam, ditahan lagi dan dihembus perlahan sehinggalah detakan jantung kembali menjejak normal dewasa.

Luka. Pastinya menyakitkan. Tapi sebenarnya luka itu bukan terbatas pada peninggalan pengalaman yang menitiskan air mata. Tapi luka itu juga boleh jadi dek kerana dihiris ayat kata penuh makna.

Makanya jika tidak mahu terluka luarnya usah berani bermain dengan pisau…

kepulangan

Assalamualaikum.

Pintu bilik diketuk berkali-kali. Perlahan gadis berbaju kurung cotton putih berbunga merah kecil membuka pintu. Sedikit sahaja, cukup-cukup untuk melihat mata dan mendengar suara.

"Putih, bila lagi mahu keluar? Lama sudah terperuk di sini..", kata Merah Jambu memulakan bicara.

"Putih masih belum bersedia kakak..", jawab Putih, ringkas.

"Sampai bila? Sampai matahari terbit di ufuk barat? Sampai Robin Hood menghantar lamaran ke rumah?", tanyanya lagi sambil mengenyit mata.

"Kakak ni! Sengaja kan mahu mengusik Putih lagi.. Ada-ada saja..", Putih mula membiarkan pintu luas terbuka dan melangkah perlahan lalu duduk di penjuru katil.

Cepat-cepat sahaja Merah Jambu duduk di sebelah Putih. Macamlah pintu itu akan tertutup tiba-tiba. Dipandang wajah si Merah Jambu. Merah Jambu itu adalah sahabatnya yang sudah seperti kakaknya sendiri. Malah dianggap seperti kekasih juga. Senyap sebarang sehari dua mulalah akan gusar hati memikirkan mana hilan…