Tuesday, November 30, 2010

seruan mereka..maCy ooo maCy

Assalamualaikum,


Salam 1 blogger. Lihat sahaja gambar di atas. 'updated 1 week ago'. haha. Selama seminggu tersebut, maCy memang langsung tidak update dan tidak blogwalk langsung. maCy sebenarnya mahu berehat lama sungguh-sungguh dari alam blog. 3 minggu ke, sebulan ke, setahun ke. Tapi tadi maCy tiba-tiba rasa mahu buka blog, dan inilah yang sempat maCy temui :

sergahan dari tia sayang

panggilan dari alya manja

sindiran pedas-pedas kerepek nenek moden comel

tinggalan jejak angahsayang manis

Akhirnya setelah dikomen oleh sis angahsayang, maCy pun buat lah mini update ni. hee.

Maaf semua! maCy ada baca latest update kamu yang meninggalkan komen, almaklum komen tu footprint kekal, sempatlah maCy usha mana sempat. Terima kasih kerana masih mengunjungi teratak Aku, Kau & Mereka ini walaupun tuannya tak ada. isk isk harap ampun.

InsyaAllah ada masa maCy update dan jenguk-jenguk semua ya. Jaga diri buat semua blogger dan alang juga ;)


p/s : Bila dah mula rehat, rasa mahu rehat lebih lama. Adeh~
p/s ii : kalau terer teka dari blog mana maCy snap update noti di atas sekali itu ;)

Sunday, November 21, 2010

ku pergi

Assalamualaikum,

maCy rasa nak berehat dari alam blog. Sempena cuti. Sempena taman astakona di hati maCy terusik terpilu eh eh taklah maCy sibuk di rumah.

Tapi sebenarnya memang terasa seperti ada sesuatu yang hilang.
Penyebab rasa kehilangan? Siapa makan mcFlurry dialah terasa sedapnya. hoho


Dia hapdate nanti maCy hapdate ye. Dia tak hapdate maCy pun nak buat busy juga.

Alasan je tu. Haha. maCy busy lah budak-budak ni maksu sana maksu sini.
"maksu-maksu paksu mana?", hah tang tu payah sekali nak jawab. isk isk.

Alvin, Peja, elmo, eiffel, aki, kamen, wena, zai, dakcomot, iqbal, adah, padin, etc. etc. etc.
maCy kt fb hidup lagi. terus-terusan menceriakan hari-hari maCy ye.
mekaseh.

Selamat ulangtahun kelahiran buat abang Hami Asraff yang menyambut ulangtahun kelahirannya pada 16 November 2010 baru-baru ini. [Edit]


p/s : bw tetap dijalankan insyaAllah. cuma malas update je. spare entry dah habis maCy guna masa musim exam aritu~

Saturday, November 20, 2010

gelak sorang-sorang

Assalamualaikum,

Ha, tengok sahaja tajuk. Pernah tak siapa-siapa di sini ditangkap basah kerana gelak sorang-sorang?

Mesti pernah kan? Banyak sebab yang boleh buat kita gelak sorang-sorang ni. Tengok cerita. Sedih sangat sampai rasa nak ketawa, Oh, faktor mengigau pun boleh terima juga. hehe

maCy selalu kantoi dengan roommate dulu. Terutamanya bila menonton drama Jepun yang memang kadang-kadang buat senyum angau sorang-sorang pun ada. Kadang-kadang masa baca blog pun boleh gelak sorang-sorang juga. Tu entry, belum baca komen sengal yang entah apa-apa lagi. Cuba lah cari blog-blog yang kelakar, memang release tension membacanya.

Yamapi suspek terbesar penyebab senyum sorang-sorang ;p

Sebenarnya entry ini dibuat setelah anak saudara maC tegur dalam kereta, "eh maksu ni, baca mesej pun gelak.". Kurang hasam punya budak! huhu

Oh ya, harap maaf sangat cuti ni pasti kurang update. Almaklum dirumah. Ramai askar. Lagipun, mahu menikmati saat-saat terakhir bergelar gadis 20 tahun, awal tahun depan sudah 21. Cita-cita nak jadi matang sikit. hik hik hik.

Ok ok got to go. Sekarang ni pun si kecil deena sedang bergayut belakang maksu dia. adeh. Pergi dulu. Jangan rindu-rindu! ;D


p/s : banyak cerita, tak ada masa mahu bercerita~

Friday, November 19, 2010

si hengau yang heheme

Assalamualaikum,


Hambing hiri-hiri yang hamat homel

Hari ni haye heseme lah. Bile heseme haye hengau. Hengau hiket je. Takpelah. Kejap je ni nanti hedap baliklah suare haye ni. huhu

Hachum!

Howi howi. Hade tihu tak?

~Mekaseh.. sambil menyambut tisu yang dihulurkan.

Oh ye. Name haye maCy. Humo haye 20 hahun. Haye huke makang nasi. Haye huke balik umah sebab kat umah haye holeh makang macam-macam. Hari ni haye masak laksa pahang. Hedap. Hedap hangat. Halau tak hedap takde habes la laksa pahang haye buat. Oh ye, haye buat tapi mak guide. Yelah. Haye ni beginner je. Practise hiket hame la hengan chef wan nanti.

Hesok haye hase nak huat kek. Tapi haye tak beli bahan hagi. Tak kek pon huat puding lah. Oh oh. Haye memang huke makang lah. Walopon begitu, haye tetap maintain slim behini. Sape nak makang puding, holehlah hatang humah haye, tapi bawak puding sendiri ye.

Hokelah. Haye penat lah.

Srooott!

Hoke hoke. Helamat malam.


p/s : ape jadah sengau sampai dalam blog ni? huhu. oh dah malam. post esok je lah. eh esok ek sekarang? ahh

Thursday, November 18, 2010

kemarau kisah lampau

Assalamualaikum.


Tiktoktiktok. Setahun berlalu. Saat kubuka emelnya, saat kutemui dua keping gambar mencetus sengketa antara aku dan dia.

Perempuan. Kita sama asal dari rusuk kiri yang hilang. Kita sama punya hati yang rasa mahu disayang. Aku yakin kau tidak gemar dirampas bahagia, jadi mengapa merampas bahagia yang lain?


Ah, lelaki. Memang hebat menabur janji. Di depan usah semut api jangan dipijak. Di belakang pantang melihat bibir cantik dicalit merah.

Padamkan kenangan. Aku bisa memaafkan, tapi tidak bisa melupakan.

Padamkan kenangan, yang membuatkan aku hilang percaya kepada semua mereka.

Padamkan kenangan.. Kerana ada yang menanti di hadapan, tetapi bila kututup mata, angin menderu menyeru sambil berkata, "usah percaya.. kata lelaki semua dusta..".

nenoneno..
entry ni dah berzaman check2 draft banyak juga entry yang tidak dipost
sekarang hati sudah tenang

bila hati duka lebih banyak idea untuk berkarya

lebih banyak patah kata seakan menanti untuk diluah sahaja

padamkan kenangan

tapi kini benar aku bisa melupakan
:)


p/s : alang, belum sampai masa, belum sampai rasa untuk menulis tentang kamu sehendaknya~

Gengblogger sudah beroperasi semula!

Assalamualaikum,

Salam aidiladha! Semoga mereka yang sedang menjalani ibadah haji dapat beribadah dengan tenang di sana. Dan semoga kita juga dapat menghayati apa disebalik ibadah korban ya. Amin.

Back to the story, maCy baru sahaja dapat tahu, Gengblogger sudah beroperasi semula seperti biasa. Sebelum ini setahu maCy Gengblogger telah dijangkiti malware tahap ke-tujuh. Agak lama juga tidak beroperasi kan. Err.. Atau semua sudah tahu? haha. Ampun ampun biasalah naik train lambat sikit. huhu

Gengblogger

Jadi apa lagi? Jom ping ramai-ramai ;D

Harap maaf jika tidak berkesempatan untuk blogwalk seperti biasa, sedang menikmati cuti di rumah. Askar-askar maCy ramai lah tak sempat mahu mengadap laptop selalu. Tapi maCy akan tetap cuba untuk cuba blogwalk agar tidak terlepas entry-entry kamu semua yang menarik itu!

Pergi dulu. Jangan rindu-rindu. :)


p/s : saat ini Alvin and the gang sedang berkumpul bersama. Amat jeles ok~

Tuesday, November 16, 2010

kenangan lagu kanak-kanak

Assalamualaikum semua!

Jam menunjukkan 3 pagi. maCy sudah pun berada di rumah! Dan tujuannya disini sebenarnya untuk membersihkan desktop yang amat bersepah sempena musim peperiksaan. huhu

Hari ini maCy dan kakak mengimbau kenangan alam sekolah rendah. Entah macam mana di dalam kereta tadi maCy boleh menyanyi lagu kanak-kanak lalu berderet-deret lah lagu kanak-kanak yang kami nyanyikan bersama. Nostalgia sungguh.

Di bawah ialah video lagu "Bangau oh Bangau".



Bangau oh bangau
Kenapa engkau kughuss? ;p

Banyak lagi lagu kanak-kanak jika dikenang kembali.

Ais kacang?

ais kacang, ais ais kacang
bila cuaca panas dan rasa dahaga
singgah sebentar
ais kacang diminta
susu dan jagung
kacang dan lengkong
air gula berwarna
campur semua
sedap rasanya kegemaran kita semua

Bapaku pulang?

bapaku pulang dari kota
bapaku belikan kereta
kereta kecil warna merah
bolehku bawa ke sekolah

pon pon pon pon pon
pon pon pon pon
kereta kecilku berbunyi
marilah adik mari naik
bolehku bawa jumpa nenek

Ola oli

Ola Oli
Kuberi nama
Saudara saudari (chi ke bum chi ke bum)
Malam-malam minggu
Siang-siang hari (disko disko)

Putih-putih melati (ali baba)
Merah-merah jelita (meow meow)
Siapa yang baik hati (Cinderella)
Mama jadi patung

Adui la. Entah macam mana boleh ada 'chi ke bum' tu kan? Haha. Tapi maCy geram betul tak dapat recall lagu ni ;

aku burung, burung tiong
sungguh pandai menyanyi

bla bla bla..

Entah ya atau tidak lirik itu. Dengar lagu "burung tiong" sahaja abah yang sedang memandu terus ketawa. Lama sungguh rupanya lagu itu.

Baik, itu sahaja. Mata sudah mengantuk. Selamat malam! :)


p/s : rasanya bila di rumah, akan perlahanlah sesi update dan bw. jangan rindu-rindu! autopost :)

Sunday, November 14, 2010

salah hantar mesej

Assalamualaikum,

Hari ini sedikit memalukan. maCy adalah insan yang selalu tersalah hantar mesej kat orang.


Hp lama

  • selalu hang, tekan3 tup tup hantar. ah sudah.
  • skrin rosak, jadi selalu tersalah baca nama. contoh : med, terhantar pada mie.
  • lepas tu bergaduh. harap maklum.
Hp sekarang (bukan hp baru, hp abang ipar)
  • Bila hantar mesej, tak ada show nombor, automatically reply, kadang-kadang tak sedar tu path reply, bukan path new message.
  • touch pad dia bengong, kadang-kadang gerak sendiri. tup2 terhantar orang salah lagi.
  • tak ada sent item pula tu. memang tak sedar salah hantar.

Tapi tadi, tersalah hantar sebab, orang lain mesej, tanya perut sakit lagi tak. Siap maCy cakap dia sweet, sebab maCy tak beritahu pun maCy sakit, dia tahu sebab tengok dekat blog, sweet la juga kan, update. Tapi, kepala fikir orang lain, terus terhantar pada orang yang ada dalam kepala. Sekian. Harap malu. =="


p/s : untuk masa ni, kalau salah hantar kat orang lain tak apa.... and, esok last paper. doakan maCy~

blog oh blog. lama tak rasa macam ni

Assalamualaikum,

Lama dah tak rasa macam ni. Rasa macam mana? Tengok gambar di bawah ni.


Nampak tak apa yang maCy nampak?
If nampak pun mesti tak faham apa kan? huhu
Ni ha...


10 online!
Sikit tapi syukur lah.
Lama dah tak merasa ramai online sekali.
Just happy. Rasa happy bila orang suka entry kita.
Lagi happy bila entry tu dapat widen others knowledge.

Memang naik semangat mahu buat entry bagus-bagus macam dulu..
err.. tak adalah bagus, tapi tak adalah merapu macam sekarang ni.
huhu..

Sebenarnya..
Bukan happy sebab apa pun..
Sebab selalunya macam ni..


1 online..
Selalu juga 0 online.
Tak sempat nak capture saja.
huhu

Baik. Back to kerja semula.
At this moment, tengah mesej Zaizax tersayang.
Rindu la awek sorang ni..
jaA~

p/s : mood swing swing swing~

Saturday, November 13, 2010

Personaliti Darah

Assalamualaikum semua!

Hari ini maCy nak berkongsi mengenai personaliti darah. Bermula dari maCy yang merenung nasib yang tak layak menderma ni, jadi maCy terfikir mahu mengenali diri melalui jenis darah. Jadi di sini telah maCy kumpul dan edit semula, agar memudahkan pemahaman. Sumber? Beberapa blog di alam maya seperti SINI dan SINI.

Ee, takut jarum!

1) Jenis Darah A
  • golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap
  • sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu
  • setia dengan kawan dan rakan sekerja
  • boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka
  • sukar dipuaskan dan serius dalam hidup

Peribadi Asas:

Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:

Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:

Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.


2) Jenis Darah B

  • golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri
  • tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar
  • boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar
  • tetapi juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan

Peribadi Asas:

Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:

Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:

Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.


3) Jenis Darah AB

  • sukar difahami, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati
  • sangat bagus menguruskan kewangan
  • walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka

Peribadi Asas:

Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:

Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:

Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.


4) Jenis Darah O

  • ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’
  • sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi
  • dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi

Peribadi Asas:

Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:

Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:

Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.


maCy pemilik darah O. Kamu pula?


p/s : lapar lapar lapar~ Tapi baru lepas makan =="

cerdiknya dah bungkus semua tu!

Assalamualaikum,

Hari ini adalah hari yang amat memenatkan. Dengan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan, maCy dan beberapa yang lain beserta semualah bertungkus lumus memindahkan semua barang-barang ke kolej kediaman baru. Banyak dan berat.

Gambar hiasan

Sudahlah tak sihat, penat, tenaga 100% kaum hawa (kalau ada kaum adam pun tak tentu dibantu lagi), hujan, dapat pula belum breakfast. Memang semacam. Dan memang sebenarnya perempuan tak boleh angkat barang yang berat kan? Bahaya untuk rahim. Tapi serius, pagi itu betul-betul terasa amat sakit di bahagian bawah perut. uhh

Apa yang cerdik, maCy telah mengemas semua barang yang tidak mahu dibawa pulang termasuklah barang-barang yang amat penting! Tapi demi tak mahu bawa balik dan mahu terus hantar ke kolej kediaman baru, maCy buat juga. huk3

  1. Bantal! Ada satu sahaja yang tinggal itupun bantal yang disediakan yang tetap keras walau dihempap ahli sumo sekalipun. adeh
  2. Selimut! Disebabkan selimut besar, maCy sanggup bungkus-bungkus juga pergi simpan. Sudah lah hari-hari hujan malam, dan sebenarnya ada 4 lagi malam untuk ditempuhi. Wahh.. Tak apa sweater dan socks masih ada =="
  3. Mangkuk dan pinggan. Macam mana nak makan maggi ni????? Dan baru disedari, cawan juga!
Sudah cukup baik maCy tak basuh cadar yang tengah pakai sekarang ni dan bungkus sekali. =="

Doakan malam maCy tidak ditemani guruh dan hujan lebat. Takde kredit nanti siapa nak teman? Eh tiba-tiba ;p


p/s : tidak sabar mahu pulang ;D

Friday, November 12, 2010

25 randoms tak and suka about me

Assalamualaikum..

Mesti ramai yang sudah buat tag ni kan? maCy sahaja yang malas tapi sudah kena tag 3 4 orang tiba-tiba rasa bersalah tak buat. Tapi maCy dah ubah tajuk dia. haha. sis Ladybird, gadis bunga dan elmo gemok maaf ya lambat buat tag kamu semua ;D

"once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 5 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."

Lets go!
  1. Tak 21 tahun tapi 20.
  2. Tak suka pink sangat.
  3. Tak minat heels sangat. Err, tapi tengah cari wedges dah setahun tak beli juga kedekut mungkin. haha
  4. Tak suka bunga kecuali ros merah.
  5. Tak suka I-city. maCy rasa tak cantik pun.
  6. Tak minat shawls.
  7. Tak minat dan tak pandai make up.
  8. Tak banyak bercakap sangat kecuali dengan certain person.
  9. Tak mudah lupa orang yang disayang. Three years tu cukup lama kot. Tapi dah sampai end ;D
  10. Tak susah memahami tak senang difahami.
  11. Tak susah memaafkan tak mudah melupakan.
  12. Tak suka perempuan desperate approach bf/tunang/laki orang.
  13. Tak suka lelaki bermulut manis.
  14. Tak rajin mengumpat tak rajin bergosip.
  15. Tak tahu perkembangan dunia hiburan tanah air.
  16. Suka makan sangat sangat sangat.
  17. Suka bintang yang amat.
  18. Suka pantai sebab cantik dan tenang.
  19. Suka duduk rumah practice jadi isteri mithali.
  20. Suka main game. Sekarang Travian. Kecik-kecik main Commandos, War Craft, etc etc.
  21. Suka Avril dari dulu walaupun sekarang dah tak ada lagu baru.
  22. Suka ular sebab comel. Tapi kak syami tak kasi bela. uwaa
  23. Suka Spiderman suka Superman.
  24. Suka cerita Jepun, suka Yui suka Arashi.
  25. Suka alang.
Banyak yang boleh dicerita, tapi bukan ada yang nak baca huk3 jadi maCy merepek-merepek sahaja. hehe. Oh oh tag 5 orang ya?


Okay. Free sila buat lepas tu kasi link kat maCy ok?



p/s : nak diam je. [edit]

Thursday, November 11, 2010

cantik itu ujian

Assalamualaikum..

Entry lepas, maCy ada berkongsi mengenai cinta dan rupa. Dan kali ini maCy ingin berkongsi mengenai rupa cantik sebagai ujian.

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif. Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang. Cahaya iman mungkin?


Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah
  1. Meningkatkan rasa syukur
  2. Keyakinan diri tinggi
  3. Sedap mata memandang
  4. Maintanance rendah (sepatutnya lah)
  5. Apabila dikecapi pabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah. Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa-biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian
  1. Dijadikan bahan komersial
  2. Disayangi hanya kerana rupa
  3. Menimbulkan riak dalam hati
  4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu dipassing-passingkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya. Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta sang pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula?
Seringkali wujud rasa iri hati dikalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang adam kerana semuanya tidak kekal selamanya~


p/s : sudah di tag oleh 3 blogger tentang 25 randoms things tu. adeh2 kalau maCy buat ada orang nak baca ke? huk2

Wednesday, November 10, 2010

rupa ada pada apa ada pada rupa

Assalamualaikum,
Rupa?
Ah, apa ada rupa jiwa rosak orangnya gila
Gila dunia gila wanita gila harta gila semua
Kerana sekali kau pandang rupa
Tiga kali orang pandang kau dengan alasan yang sama
Bila kau hilang segala
Selangkah kau datang menghampiri
Sepuluh langkah dia lari


Plumpy tootsie, orang macam ni you memang patut tinggal je..
Amik I ok? kikiki~

p/s : ini bukan entry emo tau. now tengah study utk esok last paper major. autopost lagi. ngee ;D

Tuesday, November 9, 2010

kentut dan mcFlurry

Assalamualaikum,

Sebenarnya tajuk tu tak ada kaitan mana pun.


Hari ni pagi-pagi lagi maCy dapat mesej dari seorang blogger, "Selamat pagi macy, jangan seday2..". Then i smiled.

Thanks kawan. Even dia tak tahu apa exactly yang berlaku, still dia concern kan? Ibarat kata Platipus la, meluahkan perasaan ni macam kentut. Kentut kuat tak ada bau, kentut perlahan baunya masyaAllah satu bandar Melaka ni boleh kena selaput jerebu.

Kentut kuat tu bagi yang tak kisah, melegakan. Release gitu. Kentut perlahan ni kadang-kadang boleh buat susah, yelah nak buat muka innocent konon tak salah. Bukan senang kan? Nak tanya pengalaman kentut sorok ni boleh tanya Platipus lah dia lagi expert. hehe

In short, thanks for all. All the comments on the previous entry sangat membantu.

makan mcFlurry tanpa segan silu di bookstore selagi belum kena marah

maCy actually bukanlah seorang yang suka meluahkan masalah. Bagi hint macam tu je lah, nak cerita? hum.. Fikir banyak. Salah cara, boleh jadi mengumpat, salah cara, boleh melukakan yang lain. Jadi hendak tidak hendak, simpan sahaja.

Ada yang kata, cepatnya ok. Habis tu nak buat apa? Lagipun, maCy ada Dia. Mengaji sikit, semayang lebih sikit, lama-lama tenanglah sendiri.

But i guess im getting okay fast cz im getting used of being hurt. Time macam ni, all i need is a bar of chocolate and a cup of mcFlurry~


p/s : just, please just don't blame me without me knowing what's my fault. its more than enough.

bukan boneka

Assalamualaikum


aku
bukan boneka yang tiada rasa
yang boleh kau suka-suka jadikan teman sekadar untuk menghiburkan jiwa
tatkala kau terasa kosong
mencari aku sekadar peneman untuk menghilai tawa

apa benar sekadar boneka?


p/s : bukan
pertama kali..

Monday, November 8, 2010

blogger famous itu

Assalamualaikum,

maCy baru je singgah satu blog hebat ni. Teringat-teringat.

Dari awal maCy mula aktif berblogging maCy sudah sampai sana, dan maCy selalu mention blog itu di teratak
Aku, Kau & Mereka ini. Tapi, sudah hampir 10 bulan berlalu, bermula dari blog ini hanya mempunyai follower tidak sampai 10 orang, sampailah hari ini maCy mempunyai lebih kurang 750 orang follower, blogger hebat tersebut masih tidak pernah sampai ke teratak kecil ini.

Merajuk? Tidak. Kecil hati? Tidak. Terasa? Tidak. Cuma sedar diri~



p/s : saat anda membaca post ini, bermakna maCy singgah ke blog tersebut enam hari yang lalu. keh2. autopost :)
p/s ii : thinking off nak banned site yang guna mesin tu. kejam ke? kejam ke?

Sunday, November 7, 2010

kisah khunsa

Assalamualaikum,

maCy godek-godek folder 'Kearah Kebaikan' yang terletak dalam 'd maCy. Lalu terjumpalah kisah ini.

ISTERINYA SEORANG KHUNSA

========================

Semasa Khalifah Ali r.a. memerintah maka terjadilah suatu peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelumnya.Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita khunsa (memiliki dua alatjantina ). Si suami juga menghadiahkan seorang jariah kepada isterinya. Setelah beberapa lama maka isterinya yang khunsa itu melahirkan anak. Selepas itu tiada berapa lama timbul pula nafsu berahi wanita khunsa ini terhadap jariahnya. Akhirnya jariah inipun melahirkan anak juga.

Masyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini terus tersebar hingga sampai kepada pengetahuan Khalifah Ali. Khalifah terus menghantar seorang pakar untuk mengesahkannya. Ternyata wanita khunsa ini mengalami haid seperti perempuan serta keluar mani dari dua alat kelaminnya.

Dia boleh dijimak oleh suaminya serta dapat pula menjimak jariahnya. Untuk menentukan jantina sebenar wanita khunsa ini Khalifah Ali tidak ketandusan akal. Beliau menghantar pakar untuk menghitung tulang rusuk wanita ini.

Hasilnya ternyata tulang rusuk sebelah kiri kurang satu dari kanannya. Khalifah Ali menetapkan bahawa wanita khunsa ini adalah lelaki. Alasannya kerana ALLAH menciptakan Adam yang tinggal keseorangan di dalam syurga, ALLAH lalu mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri Adam dan diciptakan Hawa daripadanya.

Oleh sebab itu tulang rusuk sebelah Adam telah kurang satu. Khalifah Ali lalu memisahkan perkahwinan wanita khunsa ini dengan suaminya kerana ianya dianggap tidak sah.

mujahid fisabillah


p/s : copy paste kongsi-kongsi. credit to mujahid fisabilillah tu yg maCy tak tahu siapa. autopost.

p/s ii : somebody said yang maCy tak ada kemahuan untuk post comment, sedangkan serasa maCy internet yang tiada mengizinkan, and im busy for final too. ke sebenarnya maCy memang kelihatan seperti blogger yang selalu tinggal jejak di sbox je?

first date dengan blogger

Assalamualaikum,

Mode : gatal. Hik3..

Semalam hari Jumaat. Roommate maCy kata mahu ke Klang ke rumah kakaknya. Almaklum di sini susah nak cari makan, transport susah, cafe tak ada. Nak ada orang jual-jual petang lah ya Allah sempat cramp perut lambat sikit makanan habis.

Alkisah semalam tiba-tiba ada someone special ni pm di ym. Blogger juga. Berdrama sikit, terus lah nak ajak jumpa. Gatal betul maCy pun layankan aja. Senang lah hai minta maaflah maCy ni spesis tak mahu bermekap cari T-shirt terus keluar.

Apa yang bestnya sudahlah maCy ni power mata 100/100 susahlah nak trace mana si pujaan hati ni. Rupa-rupanya bukan salah mata tapi janji di mcD Mahkota Parade ditunggunya maCy di mcD Dataran Pahlawan. Adoi lah si pujaan hati bikin maCy ketawa sorang-sorang nasib tak kena hon dengan kereta Honda ke BMW takut pula terubah partner dating. Haha

Jumpa sahaja masing-masing dah buat muka senyum-senyum ala-ala pemalu macam tu. Pangg. Tapi bab makan macam nak pengsan nak decide makan apa last-last mengaku lah maCy lapar cekau mana ada yang penting dia belanja. Cekau tak cekau di Johny's juga kami makan.

Tapi.... siapa dia itu? Jengjengjeng~

Nah. Mesti ingat blogger lelaki kan i takdelah gatal sangat you. haha ;p

posing tu i tak tahan. jangan marah ;p

Dikutuknya maCy duduk Melaka sudah 2 tahun tak pernah jalan-jalan area sini. Alasan maCy nak simpan buat dating nanti tapi bila ditanya bf nya mana jawapannya tak ada. haha. Oh oh jadi maCy pun dating juga tapi dengan beliau la. hehe

Kasihan kena ambil gambar sendiri lepas ni kena bawa orang ketiga ;D

Itulah dia pemilik blog santai dan orangnya pun memang santai pun. maCy ni jarang shopping tapi first time keluar dengan sis Adah ni dah terbelanja macam-macam termasuklah alahai sweet cardigan akak tak beli rugi la memang cantik. maCy pula ramah harga rm55 dia nak kasi rm45 maCy mintak rm35. haha.

Rasa-rasanya beliau ada mengumpat maCy juga nak baca? Klik Sini

Apa pun very nice to meet you sama-sama sempoi jadi tak adalah bertarik rambut cuma bertepuk tampar sahaja. haha

Dan maaf atas kelainan sedikit cara menulis entry mahu cerita tapi mengejar masa mahu study jadi tiada masa menekan keypad titik lalu bersambung-sambunglah ayat semuanya ;D


p/s : kasihanlah blogger Melaka macam tak ramai je. huhu

Friday, November 5, 2010

jemputan

Assalamualaikum,

Di sini maCy ada satu jemputan buat semua blogger..







Kenduri Arwah Pabila maCy Telah Pergi


Masa : InsyaAllah selepas maghrib
Tempat : Rumah kedua ibu bapa
Tarikh : Tarikh ajal sudah ditentukan, tarikh kenduri mungkin lepas 7 hari lah

Jika tidak dapat hadir pun, semoga dapat mendoakan yang terbaik buat Mathila Binti Haji Mansor aka Mathila Binti Siti Zaharah kelak.

Oh suka-suka maCy jemput, sebarang perubahan bergantung kepada mereka yang masih hidup.

Masing-masing sibuk dengan jodoh dunia, tetapi masing-masing lupa dengan jodoh kekal yang menanti yakni mati.

Cinta manusia itu urusan Dia dan cintakan Dia itu urusan kita. Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita.


p/s : maCy rasa ada yg marah maCy buat entry camni. huu~ autopost.

Thursday, November 4, 2010

ex bf dengan kawan macam...

Assalamualaikum,

Hari ini maCy bangun pagi dengan mood yang baik. huhu. Hum, just wanna share satu kata-kata lah lebih kurang. But i couldnt remember siapa yang beri, waktu tu semua orang try nak comfortkan maCy. Tapi kejam pula bila maCy lupa siapa.. adeh~

ex bf dengan kwn
dia sama cam kita lipat-lipat kertas
bila buka lipatan, hasil xkan sama ngn yg asal sebelum dilipat

Its true i think. Everybody ada kisah masing-masing kan. After what had happened, its hard to gain back the energy. Everything become so-not-normal.

How to overcome this? Just forgive and ask for forgiveness. Explain. And the most important one is to let go the past and move on. And dont forget, dont ever find a way to hurt, or revenge. Its totally immature. And it gonna make things worst.


p/s : dear miss fay, next sem kena jumpa ok? i gonna write a story 'bout you nanti. miss you damn much! will treat you for ice cream, you treat me for lunch. deal! ;p